Bismillahirrahmannirahim.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,tuhan yang maha pemurah, lagi maha pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan. KepadaMu lah sahaja kami menyembah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai,dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan yang di amanahkan kepada kami. Tugasan yang diberikan oleh Puan Liana iaitu pensyarah mata pelajaran komunikasi dan penyiaran islam.
PENGENALAN
PUNCA HIBURAN MELAMPAU
Keruntuhan akhlak remaja zaman ini boleh berpunca daripada salahnya cara ibu bapa mendidik mereka daripada kecil. Jika dibesarkan dengan kurang perhatian dan kasih sayang, anak-anak akan terbiar. Mereka lebih selesa membuat hal sendiri. Jika dengan kekerasan, anak-anak akan suka menipu dan memberontak. Oleh itu, mereka akan mencari rakan untuk meluahkan atau mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang diterima dari pihak keluarga. Bentuk-bentuk hiburan yang menjadi kegemaran remaja sekarang adalah bermain permainan video, melayari internet, bersosial seperti melepak, merempit dan lain-lain. Yang paling ketara, remaja zaman sekarang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Bagi mereka, telefon bimbit seperti nyawa mereka. Yang merisaukan adalah cara penggunaan gadjet. Daripada penggunaan telefon bimbit dan internet yang berterusan, mereka terdedah dengan perkongsian lucah dan benda yang tidak senonoh. Terdapat banyak aplikasi masa kini yang memberi pautan dan laman web tidak elok. Akibat daripada penyalahgunaan gadjet ini, remaja yang teransang dengan fikiran yang tidak senonoh dan perangai yang kurang menghormati orang lain terutama wanita. Fikiran yang kotor boleh membawa mereka kepada hubungan kaum sejenis, rogol dan liwat.
Remaja penuh dengan sifat ingin tahu dan suka mencuba benda baru. Kebanyakkan remaja lebih suka berkongsi dengan kawan sama umur atau yang memahami keadaan diri mereka. Akan tetapi, jika salah memilih rakan, ia juga boleh membawa padah. Kawan yang mempunyai aura negatif, boleh menyebabkan terjerumusnya kepada dadah, arak dan lain-lain. Kes seperti ini sering terjadi dikalangan remaja yang belajar jauh dari keluarga dan tidak biasa dengan suasana baru. Ini boleh menyebabkan remaja-remaja mengalami kejutan budaya di tempat baru. Bila remaja-remaja ini sudah terjebak, mereka berasa seronok. Mereka menggunakan alasan bahawa jauh dari keluarga dan kawan adalah teman untuk berseronok. Tambahan pula, berkenalan dengan berlainan jantina juga adalah salah satu hiburan buat remaja zaman sekarang. Budaya bercouple makin berleluasa dikalangan remaja bagi menghilangkan sunyi dan membuat teman keluar. Melihat rakan mempunyai pasangan, kita pun ingin mencuba. Budaya seperti ini boleh membawa kepada zina. Daripada budaya ini, kita banyak mendengar kes-kes pembuangan bayi di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik.
CARA PENYELESAIAN
Masyarakat juga memainkan peranan penting bagi membendung masalah hiburan melampau dalam golongan remaja. Masyarakat yang prihatin dapat menjamin kejiranan yang aman dan harmoni. Bagaimanapun, masyarakat zaman sekarang kurang peka dengan keadaan sekeliling. Walaupun mereka sedar betapa kuatnya peranan media mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan, mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada hal kejiranan. Jika di kawasan kejiranan yang dipenuhi dengan pelajar sesebuah institusi pengajian, ada yang membawa rakan berlainan jantina datang ke rumah. Jiran-jiran yang melihat hanya mendiamkan hal ini. Jadi, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semakin tidak dibendung. Pembukaan pusat-pusat hiburan di kawasan berhampiran seperti pusat karaoke, snooker dan judi. Masyarakat tidak membantah pembukaan pusat-pusat tersebut. Sedangkan ditempat sebegitu lebih banyak membawa remaja kepada hiburan yang melampau kerana tempat yang lebih tertutup. Tambahan pula, sesetengah pusat-pusat hiburan ini menghidangkan minuman tidak halal dan penjualan dadah. Remaja akan terdorong untuk mencuba sesuatu yang baru bagi mereka.
Hiburan melampau dikalangan remaja masih dapat dibedung jika setiap pihak memainkan peranan masing-masing. Ibu bapa dan ahli keluarga patut lebih mengambil tahu mengenai masalah setiap ahli keluarga serta mengenali rakan-rakan yang bergaul dengan ahli keluarga. Ibu bapa juga patut menghadkan penggunaan gadjet dan internet di dalam rumah dan memantau apa yang dilayari oleh anak-anak. Menerapkan lebih nilai keagamaan, nilai-nilai murni dikalangan ahli keluarga sejak dari kecil. Ibu bapa juga lebih kerap meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Masyarakat patut lebih memantau kawasan sekeliling dan menegur sebarang aktiviti tidak berfaedah dikawasan kejiranan dengan lebih berhemah. Pihak berkuasa juga perlu memeriksa premis-premis pusat hiburan dengan lebih kerap supaya aktiviti-aktiviti tidak berfaedah dikalangan remaja dapat dikurangkan.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Imran: ayat 104 yang bermaksud:
"Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung."
RUJUKAN
Rujukan media:
- rujukan rakan
- rujukan pengetahuan
- rujukan bahan bacaan ( surat khabar, laman sosial dan majalah )
No comments:
Post a Comment